Di dalam permainan ini, terdapat 7 stesen yang harus dikunjungi oleh setiap kumpulan. Para peserta akan dibahagikan dalam 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 10 anggota. Setiap kumpulan akan diketuai oleh 2 pemudah cara. Di Stesen 1, anda dikehendaki mencari perkataan yang ada di dalam senarai yang diberikan. Di Stesen 2, anda perlu melengkapkan pantun-pantun pusaka dengan perkataan-perkataan yang diberikan. Pantun-pantun pusaka ini merupakan pantun yang lazim didengar dan digunakan di media massa. Di Stesen 3, anda harus menerapkan apa yang telah dipelajari semasa ceramah tentang pantun untuk menyelesaikan tugasan anda. Anda perlu melengkapkan pantun dengan memberikan pembayangnya. Di Stesen 4, anda akan diuji tentang pengetahuan am pemahaman maksud di sebalik pantun tersebut. Di Stesen 5, tugasan ini memerlukan keyakinan diri dan kerjasama dalam satu kumpulan untuk mempersembahkan sesuatu yang kreatif dan unik. Di Stesen 6, anda sekali lagi harus menerapkan apa yang telah dipelajari semasa ceramah tentang pantun terutama perihal pembinaan pantun. Di Stesen 7, anda akan diuji tentang pengetahuan akan pantun pusaka dan kerjasama antara anggota kumpulan amat penting.
Sepanjang permainan ini, pemudah cara akan bersama anda dan mereka dibenarkan menolong anda sekiranya anda memerlukan bantuan. Walau bagaimanapun, markah yang berbeza akan diberikan sekiranya fasilitator menghulurkan bantuan.
Di Stesen 1, anda dikehendaki mencari perkataan yang ada di dalam senarai yang diberikan.
Di Stesen 2, anda perlu melengkapkan pantun-pantun pusaka dengan perkataan-perkataan yang diberikan. Pantun-pantun pusaka ini merupakan pantun yang lazim didengar dan digunakan di media massa.
Di Stesen 3, anda harus menerapkan apa yang telah dipelajari semasa ceramah tentang pantun untuk menyelesaikan tugasan anda. Anda perlu melengkapkan pantun dengan memberikan pembayangnya.
Di Stesen 4, anda akan diuji tentang pengetahuan am pemahaman maksud di sebalik pantun tersebut.
Di Stesen 5, tugasan ini memerlukan keyakinan diri dan kerjasama dalam satu kumpulan untuk mempersembahkan sesuatu yang kreatif dan unik.
Di Stesen 6, anda sekali lagi harus menerapkan apa yang telah dipelajari semasa ceramah tentang pantun terutama perihal pembinaan pantun.
Di Stesen 7, anda akan diuji tentang pengetahuan akan pantun pusaka dan kerjasama antara anggota kumpulan amat penting.
Sepanjang permainan ini, pemudah cara akan bersama anda dan mereka dibenarkan menolong anda sekiranya anda memerlukan bantuan.
Walau bagaimanapun, markah yang berbeza akan diberikan sekiranya fasilitator menghulurkan bantuan.